Assalalmualaikum,
Seminggu dah..aku selalu rasa pening-pening dan kadang-kadang seperti mahu pitam. Adakala nya juga aku rasa mau muntah.
Emm..hamil kah aku? Tetapi sebulan yang lepas aku sudah membuat "pregnancy test", dan belum ada rezeki untuk hamil untuk
anak ke-2.
Hari Jumaat yang lepas tu, aku rasa memang tak tahan sangat, rasa pening yg amat sangat, rasa mcm nk pecah kepala jer..
aku gagahi jugak ler gi Klinik kt tempat keja, seperti yang dijangka..aku memang mengalami "low blood Pressure"dengan bacaan hanya 80/50mmhg, sedangkan paras minumum yang dibenarkan ialah 90/60mmhg.
Nurse cuma menasihati aku agar mengambil lebih banyak supplements. Aku bukan tak makan bende2 tu sume,aku mkn supplement Executive B, minyak ikan dan susu..dh nak sakit, nak buat cemana. Qada dan Qadar di tangan Tuhan.
Cuma aku berharap, masalah ni tidak melarat menjadi terlalu serius....
Adakah ni berkaitan ngan baka???????? Aku pon tk pasti...tetapi, nenek aku pernah dok kt spital dekat 3 bln sebab low blood pressure, nenek sedara aku pon sama ..tang ni kene tanye mereka yang pakar ...



No comments:
Post a Comment